CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 July 2011

MINIT MESYUARAT AGUNG (BAKPUHA) 2010


Minit Mesyuarat Agung (Luar Biasa) Badan Kebajikan Pak Su Hj Zakaria

Tarikh            : 31/1/2010 (Ahad)
Masa              : 9.25 Pagi
Tempat          : Markaz Tarbiah Badan Kebajikan, JBS 62 Changkat Ibol

Kehadiran:-

  1. Pn Rabiah Binti Mat (Ahli Kehormat)
  2. En Shafie Bin Zakaria ( Tuan Pengerusi)
  3. En Faizal Bin Kamarudin (Setiausaha)
  4. Pn Junaidah Binti Zakaria (Bendahari)
  5. En Razali Bin Abu Bakar
  6. Pn Salmah Binti Zakaria
  7. Pn Sharifah Binti Zakaria
  8. Alfadhil Ustaz Anwar Ridwan Bin Zakaria
  9. Pn Azliza Alias
  10. En Rosdan Bin Jilani
  11. Pn Zarina Bt Mohd Hasan
  12. En Hanafi Bin Zakaria
  13. Pn Norliana Binti Mohd Asbi
  14. Pn Maznah Binti Zakaria
  15. Pn Mariam Binti Zakaria
  16. Ustaz Zainuddin Bin Zakaria
  17. Pn Norshima
  18. En Mohd Najib Bin Mohd Hassan

Tidak Hadir Dengan Alasan

  1. Ustaz Firdaus Bin Mohd Salleh P.P.T. (Bersetuju dgn apa jua keputusan yg diaambil)
  2. En Mohd Khairi Bin Mohd Hassan (Bersetuju dgn apa jua keputusan yg diaambil)


Agenda 1 : Aluan-aluan Tuan Pengerusi


Tuan Pengerusi mewakili Badan Kebajikan Pak Su Zakaria mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada ahli-ahli yang dapat hadir pada mesyuarat agung kali ini walaupun diberi notis yang amat singkat. Makluman juga diberikan kepada ahli-ahli bahawa Alfadhil Ustaz Anwar Ridwan AlWahab akan berangkat ke negara atas angin di Jordan pada 7/2/2010 penerbangan 7.45 pagi bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PHd.


Agenda 2 : Perlantikan Jwatankuasa / Pegawai Badan Kebajikan Yang Baru

Tuan Pengerusi mengusulkan kepada ahli-ahli badan bagi melantik jawatankuasa yang baru bagi mengelakkan kebimbangannya akan berlakunya penggulingan atau rampasan kuasa untuk membentuk jawatankuasa “Kudeta” Badan Kebajikan oleh ahli-ahli yang berhajat berbuat demikian.

Ahli-ahli yang hadir telah sebulat suara bersetuju bahawa jawatankuasa yang sedia ada ini dikekalkan untuk sessi 2010/2011 selain bersetuju untuk melanti ahli jawatankuasa yang baru.

Senarai Jawatankuasa Badan Kebajikan Sesi 2010/2011

Pengerusi        : En Shafiee Bin Zakaria
Setiausaha      : En Faizal Bin Kamaruddin
Bendahari       : Pn Junaidah Binti Zakaria

Ahli Jawatankuasa

1.      Puan Zarina Binti Mohd Hassan
2.      En Hanafi Bin Zakaria
3.      En Mohd Najib Bin Mohd Hasan (AJK Pengkaderan dan Seranta Ahli-ahlli Baru)

Ahli-ahli juga bersetuju bahawa elaun tetap khidmat sebanyak RM60-00 ataupun RM5-00 sebulan diberikan kepada jawatan bendahari sebagai cenderahati badan kebajikan atas kerja-kerja yang berat yang ditanggung oleh Bendahari. 


Agenda 3 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan berakhir 31/12/2009.

Pn Junaidah selaku Bendahari membentangkan bahawa berakhir 31/12/2009 jumlah keseluruhan Harta Semasa Badan Kebajikan adalah sebanyak RM 11,141-29 dan jumlah pendapatan bagi 2009 adalah sebanyak RM1,594-52. Dan jumlah yang telah dibelanjakan pada 2009 adalah sebanyak RM 1,497-00.

Cadangan: En. Hanafi Bin Zakaria mencadangkan agar laporan kewangan berakhir 31/12/2009 disahkan.
Sokongan : Pn Salmah Binti Zakaria daripada Kg Jambu menyokong agar laporan kewangan disahkan.


Agenda 4: Meluluskan Hari Keluarga dan Budget Hari Keluarga


Tuan Pengerusi Mencadangkan agar satu program hari keluarga Badan Kebajikan dapat diadakan. Ahli-ahli sebulat suara bersetuju untuk ketetapan berikut:-

Masa                                                             : 18-19 April 2010 (Ahad-Isnin)
Tempat                                                         : Tasik Raban Resort, Lenggong
Budget yang diluluskan daripada Tabung           : RM 1,500-00

Jawatankuasa Perlaksana

Pengarah                     : Puan Junaidah Binti Zakaria
Timb Pengarah           : AlQadhi Firdaus Bin Mohd Salleh
Ajk                             : 1) Puan Zarina Binti Mohd Hasan
                                     2) En Faizal Bin Kamaruddin

Memandangkan tarikh yang dipertujui merupakan hari cuti bagi Negeri Perak sahaja, ahli-ahli yang menetap di negeri-negeri lain diannjurkan supaya dapat menguruskan cuti masing-masing. Komitmen ahli-ahli terhadap hari keluarga ini amatlah diharapkan.

Agenda 5: Meluluskan Had Pelaburan

Tuan Pengerusi mencadangkan agar sejumlah RM5,000-00 daripada asset Badan Kebajikan dilaburkan dalam pasaran saham kewangan Islam yang akan diuruskan oleh seorang saudagar saham di Negeri Perlis. Ahli-ahli sebulat suara meluluskan jumlah pelaburan RM5,000-00 tersebut dan bersetuju bahawa Alfadhil Ustaz Zainuddin Bin Zakaria dilantik sebagai pengurus hal ehwal pelaburan tersebut.

Mesyuarat juga bersetuju bahawa dividen yang diperolehi atas pelaburan tersebut disalurkan kepada Tabung Pendidikan Badan Kebajikan yang bakal dilancarkan kelak.


Agenda 6: Pengagihan Wang Zakat


Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa Ahli Jawatankuasa Badan diberikan kuasa untuk menyalurkan zakat wang simpanan tabung kebajikan kepada mana-mana asnaf yang difikirkan layak dan perlu melapurkan kepada ahli-ahli badan kebajikan dalam mesyuarat agung.

Agenda 7 : Usul Meminda Perlembagaan


(A)             Mesyuarat bersetuju sebulat suara selepas dibahaskan berkenaan dengan usul oleh Puan Hajah Salmah Zakaria yang mencadangkan bahawa setiap ahli dikenakan yuran tambahan sebanyak RM5-00 setahun bagi setiap anak(-anak) ahli yang belum menjadi ahli. Bayaran tersebut adalah untuk satu tahun dan digalakkan membuat bayaran pada hari raya (iaitu dalam bahasa mudahnya bole pau duit raya anak). Contoh:- Puan Maznah Binti Zakaria mempunyai 8 orang anak yang masih belum menjadi ahli. Jadi jumlah yuran tahunannya adalah RM120-00 (yuran ahli RM10 sebulan) + RM40-00 (iaitu 8 orang anak X RM5-00 seorang). Tujuan penambahan ini dibuat adalah untuk menambah hasil tabung bagi menfaat anak-anak ahli juga. Yuran tambahan ini berkuatkuasa mulai Januari 2010.

(B)              Mesyuarat pada dasarnye bersetuju sebulat suara bahawa ditubuhkan satu lagi tabung yang khusus untuk dana pendidikan ahli-ahli atau anak-anak ahli dimana dana yang disalurkan kepada dana tersebut diletakkan dalam tabung tersebut.

(C)             Mesyuarat telah mengesahkan dalam penakrifan ahli bersekutu bagi ahli-ahli lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang bahawa menurut perlembagaan Badan Kebajikan yang digunapakai sekarang selagi tidak dipinda, isteri (-isteri) tambahan bagi ahli adalah diiktiraf sebagai ahli bersekutu Badan Kebajikan.

(D)             Mesyurat juga bersetuju untuk mengesahkan bahawa takrif ahli ditambah bahawa jika anak perempuan ahli berkahwin, beliau akan diautomatikkan menjadi ahli tanpa mengira sudah berkerja atau tidak.

(E)              Mesyuarat bersetuju bahawa coram yang dinyatakan dalam Perlembagaan Badan dipinda seperti berikut:-

1.      Bagi perkara yang memerlukan bilangan ahli-ahli dan ahli bersekutu dipinda kepada bilangan ahli-ahli berdaftar sahaja.
2.      Bagi perkara yang memerlukan bilangan 2/3 dipinda kepada ½ sahaja kecuali bilangan coram untuk meminda perlembagaan dikekalkan 2/3 daripada ahli berdaftar badan.

(F)              Ahli-ahli bersetuju bahawa yuran pendaftaran sebanyak RM10-00 akan dikenakan kepada ahli baru yang mendaftar mulai Januari 2010. Borang pendaftaran akan disediakan dan dilengkapkan oleh bakal-bakal ahli.
 
Perhatian : Setiausahan akan kemaskinikan Perlembagaan Badan Kebajikan bagi mengemaskini segala pindaan yang telah dipersetujui. Salinan-salinan perlembagaan akan diedarkan kepada ahli dalam waktu yang terdekat. Sila beri maklumbalas kepada Setiusaha alamat email masing. Setiausaha boleh dihubungi di : abualiff@gmail.com atau di 016-5592021

Agenda 8: Ucapan Penagguhan dan Hal-hal lain


Seperti pada mesyuarat di tahun-tahun yang lepas, Pn Junaidah Bt Zakaria (Bendahari) menggesa kepada ahli supaya lebih peka terhadap tanggungjawab membayar yuran kepada badan kebajikan. Beliau juga menggesa agar rasa kebertanggungjawaban untuk membayar itu timbul dengan tanpa peringatan yang acapkali dibuat oleh beliau. Selain itu ahli-ahli juga digesa untuk menasihatkan anak-anak ahli yang telah bekerjaya untuk mendaftarkan diri secara sukarela sebagai ahli. 

Alfadhil Ustaz Anwar Ridwan yang akan berangkat ke Negara Jordan bagi melanjutkan pengajiaannya ke pereingkat yang tertinggi dengan nada yang sebak memohon kemaafan kepada seluruh ahli badan kebajikan. Badan Kebajikan dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan kejayaannya bagi mendapatkan Ijazah Kedoktoran dalam waktu yang singkat. Pihak Badan juga merakamkan rasa penuh kesyukuran dan bangga dengan peluang yang diberikan kepada beliau seterusnya menjadikan wakil pertama di kalangan ahli badan yang mendapat gelaran Doktor.

Tuan Pengerusi menangguhkan mesyuarat agung kali ini tepat jam 11.45 pagi.


Disediakan oleh:


t.t
……………………………
Setiausaha


Disahkan oleh



………………………….
Tuan Pengerusi



0 comments:

Post a Comment