CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 July 2011

MINIT MESYUARAT AGUNG (BAKPUHA) 2011

Minit Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Pak Su Hj Zakaria

Tarikh             : 2/7/2011 (Sabtu)
Masa               : 10.00 Malam
Tempat            : Kediaman Pn Maznah Bt Zakaria, Kg Changkat Ibol, Taiping, Perak

Kehadiran:-

  1. Pn Rabiah Binti Mat (Ahli Kehormat)
  2. En Shafie Bin Zakaria ( Tuan Pengerusi)
  3. En Faizal Bin Kamarudin (Setiausaha)
  4. Pn Junaidah Binti Zakaria (Bendahari)
  5. En Razali Bin Abu Bakar
  6. Pn Salmah Binti Zakaria
  7. Pn Sharifah Binti Zakaria
  8. Pn Zarina Bt Mohd Hasan
  9. En Hassan Bin
  10. Pn Maznah Binti Zakaria
  11. Pn Mariam Binti Zakaria
  12. Ustaz Zainuddin Bin Zakaria
  13. En Razali Bin Abu Bakar
  14. En Sukri
  15. En Zahirudin Bin Sukri
  16. Pn Nur Jannah

Agenda 1 : Aluan-aluan Tuan Pengerusi


Tuan Pengerusi mewakili Badan Kebajikan Pak Su Zakaria mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Nur Akila yang baru selamat bertunang dengan En Shahrir daripada Kg Baru, Kelantan. Tuan Pengerusi juga memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kesempatan untuk semua ahli-ahli badan kebajikan berkumpul pada mesyuarat kali ini. Tuan Pengerusi juga memohon berbanyak kemaafan atas beberapa sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan berkaitan dengan penyediaan minit mesyuarat yang lalu yang gagal disediakan. (Pada ketika ini Puan Salmah menunjukkan protes beliau terhadap Setiausaha)

Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan berakhir 31/12/2010.

Pn Junaidah selaku Bendahari membentangkan bahawa berakhir 31/12/2010 jumlah keseluruhan Harta Semasa Badan Kebajikan di dalam dan di luar negeri adalah sebanyak RM14,370-51 manakala jumlah yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM7,257-00. Laporan kewangan adalah seperti yang dilampirkan bersama-sama ini.


Isu-isu berbangkit berkaitan Laporan Kewangan

  1. Puan Syarifah bertanyakan mengapa ambil risiko melabur wang badan kebajikan dan mengapa keputusan untuk melabur tidak dibawa berbincang dengan ahli-ahli dahulu? Puan Salmah dengan penuh emosi menyokong isu tidak dibawa berbincang tersebut.
Jawapan Tuan Pengerusi : Tuan Pengerusi dengan penuh ketenangan dan berwibawa, menerangkan bahawa pelaburan tersebut adalah berisiko rendah dan badan kebajikan setiap tahun menerima dividen daripada pelaburan tersebut. Pelaburan pokok insyaAllah tidak hilang. Berkenaan dengan keputusan untuk membuat pelaburan tersebut, Ahli Jawatankuasa yang dilantik adalah berhak untuk memutuskan sebarang keputusan pelaburan RM5,000-00 dan kebawah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang tubuh.

  1.  Puan Salmah meneruskan lagi siri serangan-serangan beliau dengan menyerang Setiausaha kerana pada pendapat beliau minit-minit mesyuarat tidak disediakan dan disimpan dengan baik serta gagal dikemukakan kepada ahli-ahli. Selagi lagi Tuan Pengerusi telah bertindak dengan cemerlang lagi berhikmah dengan menerangkan bahawa setiap ahli telah di emelkan dengan minit mesyuarat yang lepas-lepas. Setiausaha akan membuat serahan tangan kepada ahli-ahli berkaitan minit mesyuarat terutama kepada Puan Salmah yang berkemungkinan tidak mempunyai alamat email mahupun akaun facebook sendiri.

  1. Sewa Semerit: Mesyurat telah bersetuju bahawa kadar sewa semerit dikenakan untuk bukan ahli adalah minimum RM10.

  1. Saham Abrar. Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju utuk Puan Salmah menguruskan tentang pengeluaran wang badan kebajikan yang tersangkut dalam saham Abrar yang bermasalah tersebut. Mesyuarat juga bersetuju untuk memberi saguhati duit minyak kepada beliau untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan di Ipoh. Walaupun pada awalnya Puan Salmah nampak seperti menolak, tetapi bersetuju juga akhirnya.   

Laporan kewangan ini telah diterima dengan sebulat suara oleh mesyuarat.

 

Agenda 3: Cadangan Aktiviti Tahunan Badan Kebajikan


-Mesyuarat sebulat suara bersetuju akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfirti Mega seperti berikut:-

Tarikh             : Hari Raya Ke Tiga (1/9/2011 Khamis)
Masa               : 8 Malam
Tempat            : Perkarangan Kediaman Puan Maznah dan En Hanafi.

-Budget/Perbelanjaan Sambutan Hari Keluarga
Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk mengeluarkan budget sebanyak RM500-00 daripada tabung badan kebajikan. Mana-mana ahli yang bermurah hati untuk menyumbang amatlah dihargai dan akan mengurangkan beban peruntukan badan kebajikan tersebut. Mesyuarat juga meluluskan untuk mengeluarkan budget untuk menempah banner/bunting bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan hari keluarga tersebut.

-Jawatankuasa Kecil Sambutan

Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk melantik Puan Mariam bt Zakaria sebagai pengarah progoram sambutan hari raya dan dibantu oleh tuan rumah iaitu Puan Maznah dan Puan Norjannah. Jawatankuasa ini akan merancang dan menguruskan menu serta perbelanjaan majlis sambutan.

-Pakaian Sewaktu Menghadiri Majlis

-Sebanyak 3 cadangan diterima oleh mesyuarat untuk diundi oleh ahli-ahli iaitu:-

a). Cadangan 1 oleh Puan Syarifah dan disokong kuat oleh Puan Salmah:
Setiap keluarga memakai baju tema masing-masing;

b) Cadangan 2 Oleh Puan Junaidah:
Ahli perempuan pakai baju jubah yang dihadiahkan oleh hartawan Jordan dahulu dan lelaki tempah baju raihan ikut warna jubah wanita tersebut;

c) Cadangan 3 Oleh Tuan Setiausaha yang mewakili golongan marhein dan merupakan juga satu cadangan yang berkebajikan:
Pakaian adalah bebas ikut budget dan kemampuan sendiri.

Keputusan undian: Undian dijalankan dengan penuh semangat demokrasi dan keputusan undian adalah majoriti besar memihak kepada cadangan setiausaha iaitu tema pakaian adalah bebas. Walaupun usaha kempen disaat-saat akhir dijalankan oleh Puan Salmah, cadangan beliau hanya mampu meraih 2 undi sahaja. Cadangan Puan Junaidah telah hilang wang pertaruhan dan bolehlah dicadangkan semula untuk majlis-majlis yang lain.

Tema Pakaian waktu majlis Sambutan Aidilfitri Mega adalah bebas.

-Acara Bertukar-tukar Hadiah

Mesyuarat juga telah sebulat suara memutuskan untuk mengadakan majlis bertukar-tukar hadiah sesama ahli tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a). Setiap ahli berdaftar dikehendaki menyediakan satu hadiah yang nilainya tidak kurang daripada RM10-00;
b). Setiap hadiah tersebut hendaklah dibungkus secara seragam iaitu kertas minyak sahaja (kertas warna koko);
c.) Tiada sebarang tanda pengenalan dibenarkan diletakkan ke atas hadiah tersebut bersangkutan daripada siapa sebenarnya hadiah itu;
d.) Sebaik-baiknya hadiah tersebut hendaklah terdiri daripada barang-barang yang bermenfaat dan sesuai;
e). Hadiah yang dengan niat untuk menghina, mentertawakan, atau yang tidak sesuai dengan majlis adalah dilarang sama sekali.


Agenda 4: Hal-hal Berbangkit


-Bendahari mencadangkan agar insentif/anugerah khas diberikan kepada pembayar yuran terbaik. Mesyuarat telah menerima cadangan tersebut dan menetapkan hadiah/cenderamata bernilai RM10 diberikan kepada pembayar-pembayar yuran ahli yang terbaik. Sesi penilaian akan bermula untuk kutipan yuran tahuan 2012.

Mesyurat ditangguhkan oleh tuan pengerusi tepat jam 12.10 pagi.


Disediakan oleh;


tt
………………………..
Setiausaha



Diluluskan oleh



…………………………...
Pengeru

1 comments:

Abu Uwais al-Qarni

Minit mesyuarat yang penuh bias....

Post a Comment