Undang-undang Badan Kebajikan Pak Su Kria, 2008
(dikemaskini setakat 1/2/2010)
Susunan Seksyen
BAHAGIAN I
Permulaan
Seksyen
1. Tajuk Ringkas dan Pemakaian
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
Badan
3. Penubuhan Badan
4. Tujuan Penubuhan
5. Keahlian Badan
6. Bayaran Yuran
7. Meterai Badan
8. Korum dan Prosedur Mesyuarat Badan
BAHAGIAN III
Jawatankuasa Badan
9. Perlantikan Jawatankuasa Badan
10. Kuasa-kuasa Jawatankuasa Badan
11. Pengosongan Jawatan
BAHAGIAN IV
Kumpulan Wang dan Hasil
12. Penubuhan Tabung Kumpulan Wang
13. Tugas Bendahari Untuk Mengendalikan Tabung
BAHAGIAN V
Pelbagai
14. Kesalahan
15. Kuasa Membuat Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan
16. Pindaan Terhadap Akta
17. Penyelesaian Pertelingkahan
Kaedah-kaedah Menfaat Ahli 2008.
-Jadual 1: 36 Jenis Penyakit Kronik
BADAN KEBAJIKAN PAK SU KRIA
Warta Rasmi
Diterbitkan Dengan Kuasa
Undang-undang yang berikut, yang telah diluluskan oleh Ahli-ahli Badan Kebajikan Pak Su Kria pada 18 Mei 2008 dan telah diperkenankan oleh Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa pada 18 Mei 2008 disiarkan untuk pengetahuan umum Ahli-ahli Badan Kebajikan Pak Su Kria.
UNDANG-UNDANG BADAN KEBAJIKAN PAK SU KRIA, 2008
Suatu Undang-undang bagi mengadakan peruntukkan mengenai penubuhan Badan Kebajikan Pak Su Kria.
Bahagian I
PERMULAAN
1. Tajuk Ringkas dan Pemakaian
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Undang-undang Badan Kebajikan Pak Su Kria, 2008.
(2) Akta ini adalah terpakai hanya kepada ahli-ahli Badan Kebajikan Pak Su Kria.
2. Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
“ahli-ahli” ertinya ahli-ahli Badan Kebajikan Pak Su Kria yang diterangkan dalam Seksyen 5 akta ini;
“ahli jawatankuasa” ertinya ahli jawatankuasa yang dilantik menurut Akta ini;
“akta” bererti Undang-undang Badan Kebajikan Pak Su Kria 2008;
“Badan” ertinya Badan Kebajikan Pak Su Kria yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta ini;
“daftar” ertinya suatu daftar yang disenggara di bawah atau menurut Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;
“Jawatankuasai Badan” ertinya Pengerusi dan/atau Setiausha dan/atau Bendahari dan/atau ahli jawatankuasa yang dilantik menurut Akta ini;
0 comments:
Post a Comment